Beranikah BERSIH 5 Sarawak Mengaku, Soros Taja Dana ?


Dikhabarkan BERSIH 5 versi Sarawak akan diadakan pada 19 November ini dan lokasi sebenar belum lagi diketahui memandangkan dua venue sebelum ini yang mereka pohon tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Timbalan Pengerusi BERSIH 5 Sarawak Ann Teo telah mengadakan sidang media bahawa mereka sedang memohon untuk menggunakan lapangan Panggung Udara di Jalan Budaya Kuching.

Memang beria-ia Ann Teo hendak mengadakan perhimpunan tersebut dan telah menjangkakan 5000 peserta akan hadir.

Cuma persoalannya nanti, adakah mampu mereka menghimpun sehingga 5000 peserta ?

Yang menjadi tandatanya kini adalah berkenaan penglibatàn George Soros yang menjadi penaja kegiatan BERSIH 5. Soros pernah mensabotaj ekonomi Malaysia sehingga nilai ringgit jatuh begitu teruk.

Ramai juga yang inginkan pengakuan daripada Ann Teo bahawa Soros turut terlibat menaja BERSIH 5 di Sarawak. Lagipun Bersih di peringkat pusat sudah mengakui penglibatan Soros.

Perkara itu menjadi persoalan kini memandangkan rakyat tidak mahu pihak luar merosakkan keadaan stabil negara dan negeri ini.

Adakah Ann Teo berani mengaku yang Soros adalah penaja dana aktivit BERSIH 5 Sarawak ?

Rakyat Sarawak menolak agenda menjatuhkan kerajaan atas kehendak pihak luar yang sudah pasti akan menjadikan negeri atau negara ini dijajah kembali. Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA