Benarkah RM50 Gadaikan Maruah ?



Heboh cerita pendedahan penglibatan George Soros menyalur dana untuk aktiviti BERSIH 5 yang mempunyai agenda menjatuhkan kepimpinan Malaysia hari ini.

Soros memang diketahui mempunyai agenda untuk menghancurkan kerajaan Malaysia dan mengharapkan negara ini dipimpin oleh pemimpin yang berpaksi kepada telunjuk beliau.

Persoalannya kini BERSIH 5 yang akan berlangsung di Sarawak mempunyai cerita tersendiri. Menurut sumber ada yang mengatakan RM50 telah menjadi perangsang untuk menarik lebih ramai penyertaan.

Itu yang diperkatakan oleh orang awam yang pernah diajak untuk menyertai. Ramai yang bertanyakan adakah kerana RM50 akan menggadaikan maruah mereka yang menyertai perhimpunan tersebut ?

Soalan tersebut dengan sendirinya dijawab oleh orang awam yang begitu perihatin. Mereka mengatakan, apabila mereka sanggup menyertai BERSIH 5 dan menerima RM50 tersebut, maruah akan tergadai kerana membenarkan campurtangan asing seperti Goerge Soros untuk mencampuri urusan pentadbiran negara.

Jika negara sudah lumpuh, maka mudah bagi kuasa asing menguasai politik negara. Akhirnya negara akan dijajah kembali dan rakyat akan duduk kembali kepada penjajahan alaf baru seperti keadaan negara atau negeri ini sebelum merdeka. Tergadailah maruah rakyat dan negara selama-lamanya.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA