Beli Nombor Plat RM37.3 Juta



ABU DHABI: Seorang penduduk Abu Dhabi membeli nombor 1 untuk plat kenderaan dengan harga Dh31 juta (RM37.3 juta), enam kali ganda daripada harga rizab di satu acara lelong di sini Sabtu lalu.

Lelaki berkenaan, Abdullah Al Mehri berkata: “Saya sungguh gembira kerana dapat membeli nombor 1. Sungguh menakjubkan dan saya bersedia membayar apa sahaja jumlahnya untuk mendapatkan nombor itu. Saya sering datang ke acara lelong seperti ini dan membeli nombor paling unik.”

Sementara itu, seorang ahli perniagaan tempatan, Abu Mohammad membayar Dh13.4 juta (RM16.4 juta) untuk nombor 7, yang kedua termahal dilelong hari itu.

Dia yang pertama kali menyertai bidaan nombor plat unik itu berkata, nombor 7 itu dibelinya kerana ia mewakili tujuh wilayah dalam Emiriah Arab Bersatu (UAE).- Harian Metro

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA