Bekerja Hanya Untuk Gaji Sahaja



Politik di Malaysia dalam era moden terlalu jauh menyimpang dari arus perjuangan sebenar. Politik hanya mahukan perolehan undi menyebelahi mereka.

Walhal tiada peranan untuk membela rakyat dan hanya untuk menang semata-mata. Memang jauh berbeza daripada perjuangan politik pemimpin dahulu ketika internet belum wujud.

Contoh boleh di lihat apabila persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. Pelbagai dasar yang lebih memberi kebaikan kepada rakyat akan dibantah oleh wakil rakyat.

Di Dewan Rakyat (Parlimen), paling ketara membantah adalah wakil rakyat pembangkang. Tiada satu pun usul wakil rakyat kerajaan akan dipersetujui oleh pembangkang. Malah usul yang mereka bawa seringkali berarah kepada provokasi dan langsung tidak menyentuh masalah rakyat kawasan yang diwakili.

Begitu juga di Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN), perkara sama juga berlaku sehingga sanggup menerima akibat digantung daripada menghadiri persidangan.

Ini membuktikan pembangkang hanya melakukan tugas sebagai wakil rakyat hanya untuk melepas batuk di tangga.

Tiada langsung menyentuh pembangunan kawasan, hanya melakukan bantahan dasar pembangunan rakyat terutama pembangunan luar bandar yang menjadi agenda bantahan pembangkang.

Inilah sikap pembangkang di Malaysia dan Sarawak khasnya, hanya akan berkempen untuk meraih undi tetapi bila menang tiada langsung untuk pembangunan rakyat seolah-olah jawatan wakil rakyat hanya untuk menerima gaji sahaja.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA