Bekalan Makan Cukup Walaupun Musim Tengkujuh


PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memberi jaminan bekalan makanan termasuk hasil pertanian mencukupi walaupun negara berdepan dengan musim tengkujuh pada setiap akhir tahun.

Timbalan Menterinya, Datuk Nogeh Gumbek berkata, kementerian sudah membuat persiapan lebih awal sekiranya berlaku bencana alam yang akan mengganggu produktiviti bekalan makanan.

"Kita sudah merancang pelbagai langkah berdasarkan pengalaman banjir besar pada 2014 dalam memastikan bekalan makanan tidak terjejas dan kita juga mempunyai stok mencukupi.

"Malah kita juga memastikan haiwan ternakan dipindahkan di tempat yang lebih selamat sekiranya kawasan terbabit dinaiki air," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Inovasi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, di sini, hari ini.-myMetro

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA