Bayi Baru Lahir Ditinggalkan Di Miri


MIRI: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam semak di Tudan Desaras Fasa 6 petang semalam.

Menurut laporan akhbar tempatan, bayi berkenaan ditemui penduduk kampung yang kebetulan melalui jalan tersebut dan terkejut mendengar tangisan bayi disebalik semak sekitar jam 2 petang.

Penduduk kampung terus memeriksa sekitar semak berkenaan dan menemui bayi yang masih bertali pusat berserta uri dibungkus dengan kain batik berwarna biru yang dibasahi dengan air ketuban, dipercayai baharu dilahirkan pada tempoh dua hingga empat jam sebelum ditemui.

Menurut Ketua Polis Daerah (KPD) Miri ACP Khoo Leng Huat meengesahkan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan dan masih bernyawa di tepi sebatang jalan.

Bayi tersebut dihantar ke Hospital Miri untuk pemeriksaan lanjut.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA