Baru Berusia 4 Tahun, Minguk Diramal Bakal Calon Presiden




Bagi peminat program realiti The Return of Superman, pasti sangat kenal dan merindui gelagat serta keletah comel dan lucu 'Song Triplets'.

Adik beradik kembar tiga iaitu Daehan, Minguk dan Mansae merupakan anak kepada pelakon terkenal Song Il Kook dan isterinya Jung Seung Yeon.

Sejak menyertai The Return of Superman (TROS) pada tahun 2014, Triplets sukses mencetus fenomena dan mempunyai ramai peminat.

Terkini, Minguk disebut-sebut sebagai bakal calon presiden masa depan. Khabar tersebut menjadi bualan netizen Korea ekoran kenyataan daripada penerbit TROS, Kang Bong Gyu yang baru-baru ini berkongsi pandangan unik beliau mengenai ketiga-tiga idola cilik itu.

Sepanjang tempoh tiga tahun, Kang Bong Gyu antara orang yang paling dekat sekaligus beliau turut melihat perkembangan dan tumbesaran Daehan, Minguk dan Mansae.

Saat diajukan soalan, siapa agaknya antara song triplet yang mempunyai potensi menjadi presiden di masa depan, Bong Gyu memilih Minguk. Katanya, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa memilih kanak-kanak itu.

Selain merupakan antara yang paling diminati ramai berbanding Daehan dan Mansae, Minguk lebih cerdik dan pandai menceriakan orang di sekelilingnya.

"Saya pernah memperkatakan topik ini dengan kru-kru lain ketika kami menjalankan pengambaran dengan Song Il Kook dan anak-anaknya.

"Rata-rata kru memilih Minguk sebagai calon terbaik untuk menjadi presiden, kelak. Dia sangat pintar. Jika penulis skrip atau jurukamera tidak ceria atau melalui hari yang buruk, Minguk akan cuba menghibur mereka," katanya seperti yang dilaporkan Soompi.

"Minguk punya tarikan yang besar terhadap semua orang. Dia dan Manse juga kadang-kadang seperti anak perempuan yang sangat menghibur ayah mereka," tambah produser itu lagi.

Bukan hanya Minguk, Kang juga berpendapat anak-anak yang pernah bekerjasama dengannya juga punya potensi.

"Kalau bukan Minguk, Daehan dan Manse juga berpotensi menjadi presiden. Dan juga anak-anak yang lain," tuturnya. - MD

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA