Bangkai Buaya Ditemui Terapung Di Kampung Kudei



KUCHING: Sepasukan anggota bomba bergegas ke Kampung Kudei di sini selepas menerima laporan berhubung kemunculan seekor buaya di sungai di kampung tersebut semalam.

Bagaimanapun, buaya yang menimbulkan kegusaran penduduk kampung itu didapati sudah mati dan hanya bangkainya terapung sehingga ke tebing sungai tersebut.

Perkara itu disah Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang Faizal Saari yang turut hadir di lokasi kejadian selepas laporan diterima sekitar jam 10 pagi semalam.

Sementara dalam kejadian berasingan, seekor kucing berjaya diselamatkan selepas tersepit di celah enjin sebuah kereta di Taman Vista Ilmu, Kota Samarahan, dekat sini kelmarin.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 11.45 malam dan tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, didapati seekor kucing tersepit di celahan enjin yang diparkirkan di hadapan sebuah rumah dan anggota kita bertindak mengeluarkan kucing tersebut.

“Kucing tersebut kemudian diserah kepada tuan selepas berjaya dikeluar,” katanya sambil menambah, enam anggota dari Balai Bomba Kota Samarahan dikerahkan ke tempat kejadian.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA