Bakar Hutan Untuk Jadi Popular Di Facebook


AMERIKA SYARIKAT: Seorang lelaki ditangkap selepas mengaku membakar hutan untuk menjadi popular di laman sosial.

Laporan Dailymail mengatakan Johnny Mullins, 21 memulakan kebakaran di Jenkins dan mula merakam dan 'melaporkan' kejadian tersebut di Facebook.

Dalam video yang dimuatnaik minggu lepas, Johnny berjaya menarik perhatian 2,400 pelayar.

Beliau kemudian ditahan polis dan mendakwa 'beliau cuma mahukan perhatian'.

"Dia suka rakam video untuk Facebook dan pelayar mengikutnya untuk 'laporan cuaca'," kata Ketua Polis Jenkins, James Stephen.

Akibat kejadian berkenaan, pihak bomba terpaksa menggunakan helikopter untuk memadamkan kebakaran.

Johnny pula bakal didakwa atas tuduhan sengaja memulakan kebakaran (arson). - SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA