Azmin Ali Nak Tahu, Sarawak Memang Negeri Bapanya Adenan



Sudah diberi kebenaran memasuki Sarawak, Menteri Besar Selangor Azmin Ali buat hal lagi apabila tempoh masa berada di Sarawak sudah tamat. Azmin dibenarkan berada di Sarawak untuk tempoh tiga hari sahaja dan jika hendak melanjutkan tempoh tersebut, beliau harus memohon kebenaran secara bertulis kepada kerajaan Sarawak.

Namun Azmin berdegil dan tidak mahu berbuat demikian malah mengecam Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dengan membuat kenyataan bahawa 'Negeri Sarawak bukan bapa Adenan punya tetapi ia milik rakyat Sarawak'. Memang jelas Azmin bukanlah ciri-ciri seorang pemimpin sebenar kerana membelakangi undang-undang negeri lain.

Jika Azmin ingin tahu, memang Sarawak negeri bapanya Adenan, jawab Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abg Johari Tun Openg merujuk kepada kenyataan Azmin. Tegas jawapan Abg Johari kerana Azmin sepatutnya sedar bahawa beliau sedang memijak bumi Sarawak dan bukannya Selangor. Setiap tindakan undang-undang adalah berasaskan negeri ini dan bukan negeri Selangor.

Azmin sepatutnya pulang ke Selangor kerana rakyat Selangor sedang menghadapi masalah ketika ini apabila isu air dan banjir melanda negeri berkenaan. Beliau tidak sepatutnya berada di Sarawak kerana Sarawak tidak memerlukan perkhidmatan beliau.

Ketika ini rakyat Selangor memerlukan bekalan air bersih untuk kehidupan harian dan sesetengah kawasan di negeri itu sedang dilanda banjir. Azmin sepatutnya jenguk rakyat beliau yang lebih memerlukan perhatian beliau.

Biar Adenan urus Sarawak mengikut cara terbaik sebagai seorang Ketua Menteri Sarawak dan Azmin balik Selangor dan urus negeri itu sebaik-baiknya. Rakyat Sarawak hanya mengharapkan Adenan sebagai pemimpin.

Adalah lebih baik Azmin balik Selangor dan patuhilah undang-undang negeri Sarawak yang meletakkan beberapa syarat terhadap kemasukan beliau.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA