Awek Hangin Produk Suplemen Diabetes Tak Berkesan



SEBUAH video dikongsi oleh laman Facebook, MFADHLY.com Network menunjukkan seorang wanita mengamuk di sebuah kaunter kedai menjual produk kecantikan.

Menerusi video yang tersebar, wanita yang memakai pakaian berwarna hitam dilihat memasuki kedai menjual suplemen dan menghempaskan produk yang dibeli di kaunter kedai berkenaan serta memaki hamun kakitangan kedai tersebut.

Menurut wanita yang tidak didedahkan identitinya itu, dia berasa kecewa dengan kakitangan kedai tersebut kerana memberikan janji palsu kepadanya bahawa produk yang dibeli itu akan menurunkan paras gula dalam darah (diabetes).

Malah wanita itu mendakwa produk Aura Magika yang dibelinya hanya mampu menurunkan sebanyak 5 milimol per liter (5 mmol/l) daripada 15 mmol/l kandungan gula dalam darah ibunya.

Tak cukup hangin dengan produk yang dibeli tak berkesan, wanita berkenaan juga meminta untuk berjumpa dengan pengasas produk tersebut dan ingin menyelidiki latar belakang yang dimilikinya.

Video yang tersebar itu telah ditonton hampir 44 ribu oleh pengguna lama sosial sejak ia dimuat naik.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen yang memberikan komen terhadap video yang tersebar mendakwa ia sebahagian daripada strategi pemasaran syarikat pengeluar produk berkenaan untuk melariskan jualan.

“Dah basi marketing strategy macam ni kak oi. Kalau nak viral sangat confirm akan tunjuk muka yang jaga kaunter tu. Haha. Lol jugak dia ni,” tulis Ahmad Naim.

Manakala Lyza AuLia pula berkata, “Tak lah…ni semua nak lakukan produk tu je lah oiii…tengok perempuan tu pun aku tau dia berlakon je.”

Muhammad Sufian pula,“Orang sekarang sanggup malukan diri untuk lariskan produk… ermmm… maruah pi mana,” luahnya kecewa. – MYNEWSHUB.CC


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA