Audit: Tiga Daripada 10 Teguran Ada Asas Untuk Tindakan Tatatertib - KSN


PUTRAJAYA, 23 Nov (Bernama) -- Tiga daripada 10 teguran punitive yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Aduit Negara Siri 2 mempunyai asas untuk dimulakan prosiding tatatertib kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata ini adalah antara hasil siasatan yang dijalankan oleh enam Jawatankuasa Siasatan Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat 10 teguran punitive yang melibatkan enam kementerian setakat ini.

Siasatan ini bertujuan untuk memperoleh keterangan dari aspek kesaksian dan keterlibatan pegawai dalam kes-kes yang dilaporkan dan ianya melibatkan enam kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Jabatan Perdana Menteri, katanya pada sesi bersama media susulan laporan audit itu hari . - BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA