Aram Ngupi : 'Susah Nyo Mun Dah Sewa Nait'



Tanggal 11 November 2016, sejarah baru akan tercipta dimana Majlis Daerah Kota Samarahan dinaiktaraf sebagai Majlis Perbandaran yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Begitulah yang diperkatakan oleh pelanggan yang bersarapan di Kedai kopi Selera Kampung di Samarahan pagi ini. Penulis seperti biasa mengutamakan kopi 'O' panas kurang gula sebagai pembuka sarapan pagi.

Memang ramai yang berpuas hati apabila Samarahan dinaiktaraf. Malangnya ada rungutan daripada peniaga, penyewa rumah yang terdiri daripada penuntut Universiti dan mereka yang tidak mempunyai rumah sendiri.

Mereka menjangkakan kadar sewa premis dan rumah sewa akan meningkat dengan mendadak. 'Susah Nyo Mun Dah Sewa Nait' bermaksud 'Susahlah Sahabat Jika Sewa Sudah Naik' keluhan mereka. Ini yang merisaukan mereka kerana pemilik premis dan rumah sewa akan mengambil kesempatan atas penaikkan taraf Samarahan.

Mereka berpendapat agar kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan melihat isu tersebut agar hal sedemikian dapat ditangani sebaik mungkin dan kenaikan sewa premis atau rumah sewa tidak naik secara mendadak.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA