Aram Ngupi : Salahkah Masyarakat Bersikap Prihatin ?



Memandangkan hari pengisytiharan Kota Samarahan sebagai Perbandaran tidak lama lagi, penulis membuat keputusan untuk minum kopi 'O' panas kurang gula di Warong Nusantara Samarahan sahaja.

Kecoh pelanggan berceritakan tentang pengendali akaun facebook Sarawak Keluar Malaysia 2021 Beng Kor ditangkap oleh pihak Polis. Gara-gara cuba menghasut dengan membuat kenyataan kononnya Ketua Menteri Sarawak mahu Sarawak keluar Malaysia akibatnya Beng Kor ditangkap.

Bukan Beng Kor yang menjadi tajuk utama tetapi sikap sesetengah masyarakat yang komen negatif perihal masyarakat yang membuat laporan polis.

Menurut pendapat mereka, apa salahnya masyarakat bersikap prihatin terhadap pemimpin yang digunakan untuk menghasut rakyat yang mengandungi unsur fitnah ?

Bukan masyarakat hendakkan populariti tetapi memiliki sikap bertanggungjawab bagi mengekang agenda jahat dengan membuat laporan polis.

Itu adalah tanggungjawab masyarakat sebenar yang mahu kepimpinan tidak diguna pihak tertentu untuk memporak perandakan negeri mahupun negara.

Pandangan mereka lagi, membuat laporan polis bukanlah sesuatu tindakan yang bodoh tetapi ia adalah tanggungjawab rakyat mempertahankan pemimpin daripada penganiayaan pihak tertentu untuk menghalalkan agenda negatif mereka.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA