Aram Ngupi : 'Rusak Minda Kito'

Minum petang di Malbar Cafe Batu Kawa. Kopi 'O' panas kurang gula bersama canai kosong santapan minum petang.

Duduk semeja bersama rakan yang bertugas di bank berhampiran. Seronok berbual kerana sudah sekian lama tidak santai sebegini bersama rakan.

Topik perbualan ialah serangan pembangkang dalam media sosial yang lebih awal apabila membangkitkan isu semasa dengan fakta sekerat yang akan mengelirukan pemikiran rakyat.

'Rusak Minda Kito' bermaksud Rosak Minda kita yang keluar dari mulut rakan. Mana tidaknya, 15 sen minyak naik, pembangkang sudah viralkan dan menuding kesalahan kepada kerajaan dan memberi gambaran seolah minyak tersebut berharga RM2 keatas.

Menurut beliau lagi, pada awalnya beliau turut berasa marah, tetapi bila difikir balik tiada faedah untuk memarahi kerana ada alasan terbaik disebalik kenaikan tersebut.

Walau apa pun berlaku, biar kerajaan lakukan yang terbaik untuk rakyat memandangkan ada perkara lain yang lebih penting yang patut dilakukan.

Beliau turut menjelaskan adalah lebib baik gunakan segala kudrat yang ada untuk mencari rezeki lebih kerana masih banyak peluang yang sediakan kerajaan dalam aspek perniagaan.

Belajarlah untuk menjadi rakyat yang tidak manja dengan subsidi dan terima dasar yang menitik beratkan kepentingan rakyat dan bukan nak mengomel isu minyak sepanjang masa.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA