Aram Ngupi : Perhebatkan Pembangunan Luar Bandar

Kopi 'O' panas kurang gula di Rafflesia Cafe lokasi menarik bersarapan pagi ini. Berbagai kaum minum dan makan di bawah satu bumbung dengan suasana harmoni. Apa yang menarik pagi ini hanya bercerita tentang persidangan Dewan Undangan Negeri yang berlangsung pagi ini.

Apa yang diperkatakan ialah berkenaan pembangunan luar bandar yang sepatutnya dipergiatkan lagi memandangkan masih banyak yang perlu dilakukan untuk luar bandar. Sukar untuk menerima yang luar bandar terlalu jauh ketinggalan sedangkan penduduk luar bandar yang banyak menyumbang kepada pembangunan bandar pada hakikatnya.

Ini kerana hasil makanan datangnya daripada luar bandar dan penempatan pesisir Sarawak. Tidak adil bagi penduduk luar bandar yang hanya menyaksikan hanya masyarakat bandar sahaja yang menerima pembangunan yang begitu hebat.

Bukan hendak meminta dibangunankan bangunan pencakar langit, tetapi infrastruktur asas seperti jalanraya, elektrik dan bekalan air bersih amat diperlukan. Masih banyak lagi perkampungan yang tidak menikmati bekalan air dan elektrik sedangkan sumber bekalan tenaga tersebut terletak di luar bandar.

Penduduk hanya memerhati bekalan eektrik dan air hanya melewati kawasan mereka dan akhirnya penduduk bandar yang menikmati segalanya.

Pada persidangan DUN kali ini, ramai yang mahukan pembangunan luar bandar di segerakan serta mengabaikan dahulu pembangunan bandar yang sudah diketahui sudah maju, Berilah penduduk luar bandar fasiliti asas tersebut agar dapat menikmati segalanya sedangkan penduduk luar bandar adalah penyumbang undi terbesar untuk Barisan Nasional.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA