Aram Ngupi : Masyarakat Sarawak Lebih Memahami



Singgah minum kopi 'O' panas kurang gula di rumah asap Samarahan. Tempat paling ramai pelanggan di kalangan masyarakat Iban dimana terdapat menu makanan masakan tradisional Iban terdapat di sini.

Hadirnya penulis di sini adalah menunaikan pelawaan rakan-rakan Iban yang lama tidak bersua memandangkan masing-masing sibuk dengan rutin tugas harian.

Apabila sudah bertemu, berbagai cerita menarik diperkatakan. Ada yang lucu dan tak kurang juga yang menceritakan perjalanan hidup masing-masing.

Antara yang menarik ialah bab politik mula menyelit di dalam perbualan.

Sehingga ada rakan yang meluahkan rasa kekesalan apabila mengikuti perhimpunan BERSIH 5 dan kumpulan Sarawak for Sarawakians.

Bukannya apa, sejak akhir-akhir ini mereka merasakan satu tindakan yang sia-sia dan boleh menyebabkan perpaduan terhakis.

Yang menariknya apabila mereka mula mengakui bahawa persepsi negatif menjadikan politik negara mahupun negeri semakin dalam keadaan berkecelaru.

Sebagai contoh yang mereka jelaskan ialah berkenaan isu Rang Undang-Undang 355 (RUU355).

Persepsi mendahului fakta menyebabkan rakyat mudah terpengaruh sedangkan RUU355 hanya untuk menaiktaraf struktur undang-undang yang ada, malah ia tiada kaitan terhadap penganut agama lain.

Lebih-lebih lagi ia akan dibentang oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Mudah bagi persepsi menyatakan ia adalah hukum hudud sedangkan Hadi cuma mahu persetujuan pembentangan untuk menambah baik Mahkamah Syariah sahaja.

Memang orang akan menjangkakan bila bab Hadi Awang dan PAS maka hudud secara automatik muncul di kepala.

Penulis tersenyum dan dalam hati merasa bangga bahawa masih ada rakan Iban yang memahami apa yang berlaku. Ini berkemungkinan mereka mengkaji terlebih dahulu setiap persepsi yang didedahkan di media masa.

Inilah yang menjadikan bahawa masyarakat di Sarawak adalah yang terbaik kerana mereka lebih berfikiran terbuka tanpa mengambil keputusan melulu setiap keputusan yang akan dibuat. RESPECT-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA