Aram Ngupi : Macam Mana Nak Keluar Malaysia ?


Rafflesia Cafe Samarahan venue bersarapan bersama dua rakan sama sekerja pada suatu ketika dahulu. Lama tidak bertemu sambil menghirup kopi 'O' panas tanpa gula serta berbual isu semasa yang begitu hangat ketika ini.

Isu Keluar Malaysia menjadi tajuk perbualan yang mengundang bermacam-macam pandangan yang logik serta mudah difahami. Kadang-kadang rakan mengupas isi daripada kenyataan di Facebook yang begitu banyak komen yang positif dan negatif.

Dalam Perkara tujuh Perjanjian Malaysia 1963 jelas menyatakan bahawa tidak dibenarkan untuk keluar Malaysia dan ia telah mendapat persetujuan semua pihak dan pemimpin pada waktu itu. Ia bukan satu yang boleh diubah-ubah kerana perjanjian adalah satu bentuk dokumen yang menjadi saksi penubuhan negara bernama Malaysia.

Memang ada yang mempertikai perkara tersebut terutama sekali kumpulan yang menggelar diri sebagai Sarawak for Sarawakians (S4S) yang selama ini cuba mempengaruhi minda rakyat Sarawak agar menyokong agenda mereka. Menghalalkan HAK sebagai wadah perjuangan namun berselindung disebalik agenda pihak tertentu terutama parti pembangkang sebagai tulang belakang.

Jelas sekali ramai pemimpin S4S adalah terdiri daripada ahli politik parti pembangkang yang sudah diketahui mempunyai tujuan tertentu untuk meruntuhkan kepimpinan yang dipilih oleh rakyat pada hari ini. Bak kata pepatah 'Ada Udang Di Sebalik Batu'.

Soalnya, bagaimana hendak keluar daripada Malaysia sedangkan Sarawak adalah sebuah entiti yang menubuhkan Malaysia. Terasnya ialah Sarawak, Sabah dan Malaya adalah komponen yang berjaya menggabungkan tanah yang dipisah oleh Laut China Selatan menjadi sebuah negara yang berdaulat.

Pemahaman mudah kenapa harus menubuh Malaysia ialah Sarawak dan Sabah sudah terancam oleh penguasaan kekejaman komunis dan desakan daripada negara jiran untuk menguasai kedua negeri berkenaan. Jalan terbaik adalah bersatu membentuk sebuah negara yang berdaulat dan disahkan oleh badan dunia yang berkaitan. -Sarawakiana

1 comment:

  1. Sila rujuk Perjanjian Malaysia 1963. Ada 235 muka surat!

    https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&uact=8&sqi=2&ved=0ahUKEwiUp4L50KrQAhXJLY8KHW6JBawQFggaMAA&url=https%3A%2F%2Ftreaties.un.org%2Fdoc%2Fpublication%2Funts%2Fvolume%2520750%2Fvolume-750-i-10760-english.pdf&usg=AFQjCNEgeiLu0NCR7JzlV2aBQ9_7oP2Mxw&sig2=43MG3cbIftMwO_wP4y4YwA&bvm=bv.138493631,d.c2I

    ReplyDelete

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA