Aram Ngupi : Kredit Kepada Perdana Menteri

An Noor Kafe lokasi bersarapan kopi 'O' panas kurang gula sambil mencuba roti nan ala masyarakat Pakistan. Memang melazatkan serta sesuai untuk sumber tenaga bagi menghadapi tugasan yang sibuk hari ini.

Pagi ini penulis bersarapan bersama rakan yang telah sekian lama berkecimpung dalam perniagaan kraft tangan. Topik pagi ini adalah isu Perjanjan Malaysia 1963 yang sering diperkatakan oleh setiap lapisan masyarakat.

Nampak gayanya rakan lebih memahami isu berkenaan memandangkan gaya beliau menjelaskan setiap pendapat begitu terperinci dan lebih rasional serta mudah difahami. Tidak terlalu ekstrim serta neutral penyampaiannya tanpa menyebelah mana-mana pihak.

Beliau mengupas apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri hal berkaitan MA63 yang sentiasa bersikap terbuka untuk membincangkan MA63 dalam suasana sifat kekeluargaan dalam Barisan Nasional ketika berada di Sabah dua hari lepas.

Beliau mengakui bahawa ada benarnya kenyataan Perdana Menteri kerana setiap perkara yang dibincangkan perlu berfasa dan lebih realistik tanpa menjejaskan hubungan erat Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Rasional mendapat keputusan perbincangan mengikut saluran yang betul dan bukan mendengar keputusan daripada pihak yang hanya mengambil kesempatan.

Tambah beliau, sejak kebelakangan ini terdapat keputusan telah memihak kepada Sarawak seperti perlantikan ahli lembaga pengarah yang terdiri daripada anak jati Sarawak, tuntutan seperti guru-guru Sarawak dan terbaru Petronas buka pintu peluang setiap projek dalam Petronas akan diusahakan oleh syarikat-syarikat Sarawak sendiri.

Lebih banyak lagi akan terlaksana selepas ini jika perbincangan tersebut dilakukan berterusan dan fakta perbincangan difokuskan tanpa menokok tambah desakan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. Secara ringkasnya tidak perlu begitu tergopoh-gopoh jika hendakkan hasil yang memuaskan semua pihak.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA