Aram Ngupi : KPDNKK Beri Amaran


JnJ Cafeteria Samarahan menjadi lokasi minum kopi 'O' panas kurang gula bersama beberapa pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) setelah mereka selesai kes di mahkamah.

Kes membabitkan pendakwaan pemilik pasaraya yang melakukan kesalahan menjual barang terkawal berjadual tanpa lesen yang sah. Menurut mereka, kes berkenaan telah selesai dan pesalah telah mengaku dan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Seksyen Samarahan hari ini.

Yang menariknya pegawai KPDNKK telah bertindak untuk mengekang aktiviti menjual barang kawalan berjadual tanpa lesen kerana ia menjadi kesalahan dibawah seksyen yang telah diperuntukkan.

Menurut mereka, aktiviti tersebut perlu dikekang lebih awal kerana terdapat agenda tertentu untuk mendapat keuntungan yang lebih tanpa berfikir kesan tindakan tersebut akan menyusahkan pengguna.

KPDNKK bukan sekadar menyerbu premis yang didapati melakukan aktiviti negatif, malah turut membantu peruncit yang tidak mendapat bekalan barang kawalan seperti minyak makan dan sebagainya. Jika ini berlaku, KPDNKK akan mengarah pembekal untuk menghantar bekalan ke peruncit berkenaan dengan kadar segera.

Tetapi jika pembekal tersebut tidak memiliki lesen, maka sukar untuk KPDNKK untuk memenuhi keperluan peruncit dengan segera. Kelewatan akan berlaku dan pengguna yang menerima kesan.

Justeru KPDNKK memberi amaran kepada pembekal agar tidak menyimpan atau menjual barang kawalan berjadual tanpa lesen. Tindakan tegas akan diambil sekira ianya masih berleluasa berlaku.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA