Aram Ngupi : Kalau Tahu Gaji Suami RM1000 Ke Bawah, Jangan Beranak Banyak ?

Tersenyum penulis membaca status facebook seorang wanita yang muat naik status 'Kalau tahu gaji suami bergaji RM600-1000 jangan nak beranak banyak'.

Malah sempat pula membuat cadangan agar kerajaan menetapkan peraturan kepada keluarga yang berpendapat rendah untuk mengelak daripada bebanan kos sara hidup.

Penulis hampir tersedak ketika meneguk kopi 'O' panas kurang gula di Ikhwan Cafe MJC. Mana tidaknya, agak melucukan juga membaca status tersebut tetapi akan ada percanggahan jika dirujuk soal agama.

Apa yang difahamkan dalam agama Islam, rezeki bukan terletak kepada situasi manusia itu sendiri. Ia adalah kehendak Allah SWT yang berkuasa terhadap sekalian alam. Malah ada yang menyatakan anak itu adalah anugerah dan rezeki dari-NYA.

Yang pasti manusia seharusnya berusaha untuk mengubah corak kehidupan sendiri kerana Allah tidak akan mengubah kehidupan seseorang melainkan manusia itu sendiri berusaha untuk berubah.

Jelas bukan kerana gaji rendah dan beranak banyak menyebabkan menerima bebanan hidup tetapi semua masalah yang dihadapai manusia adalah dugaan dari Allah.

Apa yang patut dilakukan umat manusia ialah beramal ibadat, bersedekah, melakukan amalan baik, berusaha kerana Allah, bersyukur dan sentiasa ingat Allah adalah jalan penyelesaian untuk menempuhi dugaan hidup.

Begitulah kata-kata seorang pelanggan yang turut terbaca status tersebut sambil beliau beristighfar.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA