Aram Ngupi : Jangan Cakap Sahaja

Berbual bersama Pak Bujang peniaga Mi Kolok di Siang Food Coner sambil menghirup air kopi 'O' panas kurang gula. Pengalaman hidup Pak Bujang dijadikan topik perbualan dan ia penuh dengan pengajaran yang baik untuk dijadikan pedoman hidup.

Memang seronok berbual pagii ni kerana setiap apa yang diceritakan oleh Pak Bujang penuh dengan nasihat dan pengajaran yang berguna. Setelah banyak perkara beliau ceritakan, tiba pula komen beliau terhadap anak muda Bumiputera hari ini.

Oleh kerana beliau sering berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat, serba sedikit beliau mengetahui apa yang menjadi isu hangat hari ini. Anak muda paling ramai bercakap isu politik dalam versi moden hari ini. Komen Pak Bujang, jelas politik anak muda hari ini begitu ekstrim kerana terdapat serapan politik yang tidak sihat.

Menurut Pak Bujang, masyarakat dahulu menghormati pemimpin dengan cara tertib disebabkan umum mengetahui pemimpin adalah pilihan rakyat secara sah melalui pilihanraya. Jadi tidak timbul ekstrim dalam politik tetapi rakyat tetap mengkritik secara sihat melalui saluran yang betul.

Namun hari ini golongan muda sudah menyimpang jauh daripada peradaban sebenar masyarakat timur. Pemimpin sudah tidak dihormati lagi malah anak muda memperlekeh pemimpin tanpa segan silu. Inilah masalah anak muda hari ini, kata Pak Bujang.

Pak Bujang menambah bahawa beliau pernah bertanya kepada anak muda, adakah mereka telah mendaftar sebagai pengundi ? Ramai yang menjawab belum pernah walaupun usia sudah mencecah 30'an.

Inilah dikatakan cakap tak serupa bikin, kata Pak Bujang. Cakap politik bukan main tinggi melangit seolah-olah anak muda prihatin terhadap tanahair. Namun malangnya mereka sekadar bercakap sahaja tetapi tidak prihatin terhadap tanahair kerana mereka belum lagi berdaftar sebagai pengundi yang sah dan tidak layak mereka mengkritik pemimpin sedangkan mereka bukan pemilih yang sah.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA