Aram Ngupi : Hanya Untuk Rakyat



Siang Coner Bintawa lokasi minum kopi 'O' panas kurang gula sambil menikmati keenakan Mi Jawa Pakcik Bujang. Terasa segala rempah ratus Mi Jawa yang begitu menyelerakan.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sudah masuk hari ketiga bersidang. Berbagai soalan dan jawapan diusul semalam. Jawapan Menteri dan Menteri Muda begitu memberangsangkan dan berharap ia akan dilaksanakan dengan kadar segera.

Apa yang dilihat, persidangan lebih menjurus kepada pelaksanaan pembangunan untuk kawasan luar bandar serta peruntukkan yang telah disediakan. Terutama jalanraya, bekalan elektrik dan bekalan air bersih.

Perkara sebegini yang rakyat luar bandar ingin dengar dan mengharap ia akan direalisasikan. Jika boleh, rakyat Sarawak memang mahukan fasiliti asas dilaksanakan dan tanpa mengira cara apa sekalipun. Itulah harapan besar rakyat pedalaman.

Hakikatnya persidangan di DUN adalah platform untuk meluahkan masalah dan keperluan rakyat. Malangnya wakil rakyat daripada Barisan Nasional sahaja yang bersuara untuk rakyat. Berbeza daripada wakil rakyat daripada pembangkang yang hanya membangkitkan isu yang tiada kaitan untuk rakyat.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA