Aram Ngupi : Diplomasi, Pendekatan Terbaik Bincang MA63



Inilah kelebihan jika berada dalam keluarga Barisan Nasional (BN) apabila setiap isu dibangkit akan diselesaikan menerusi diplomasi. Pendekatan sebegini lebih idealistik berbanding retorik pembangkang yang sering mendesak tanpa penyelesaian sebenar.

Sambil menghirup air kopi 'O' panas kurang gula, kedengaran isu ini telah menjadi perbualan hangat di Cafe Meet or Feed Samarahan. Ramai yang bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri apabila menyentuh diplomasi pendekatan terbaik bincang MA63.

Menerusi kenyataan Ketua Menteri Sarawak untuk tidak memerlukan resolusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dibangkitakan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri pada bulan ini adalah bertepatan memandangkan hal tersebut lebih bersesuaian mengguna cara diplomasi.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan keterbukaan beliau untuk membincangkan MA63 kerana perkara itu bukan untuk dipertikaikan tetapi beliau sendiri yang akan mempertahankan hak Sabah dan Sarawak mengikut apa yang termaktub dalam MA63.

Justeru jelas kenyataan Ketua Menteri memandangkan jika diteruskan resolusi tersebut akan menjejaskan perbincangan tersebut apabila pihak pembangkang akan cuba manipulasi isu berkenaan untuk kepentingan politik pembangkang yang kian lumpuh tanpa isu yang lebih realistik.

Malah pembangkang akan mejadikan isu berkenaan untuk mengelirukan lagi pemikiran rakyat dan mempengaruhi rakyat dengan kenyataan yang negatif justeru menjadikan keadaan negeri ini dalam situasi yang tidak tenteram.

Adalah lebih efektif hal sedemikian hanya dibincangkan menerusi diplomasi sihat serta memberi informasi tepat kepada rakyat. Dengan itu tidak perlu pihak yang tidak bertanggungjawab menokok tambah cerita yang hanya mahukan populariti daripada isu yang dibangkitkan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA