Aram Ngupi : 'Cerito Politik Aik Pagi Tok Nyo'

Pagi ini penulis ada teman bersarapan sambil menikmati kopi 'O' panas kurang gula. Lokasi di gerai penjaja di Kota Samarahan.

Teman memang sengaja cari penulis sebab nak bercakap pasal sesuatu yang menjadi topik menarik. Ayat mula rakan sebelum meneruskan perbualan ialah 'Cerito Politik Aik Pagi Tok Nyo' bermaksud 'Cerita Politik Berkenaan Air Pagi ini Sahabat'.

Beliau meneruskan apa yang berlaku di kampung beliau menerusi pengalaman yang pernah dilalui. Kampung beliau memang disediakan saluran paip dan telah begitu lama sudah disediakan oleh kerajaan.

Namun ada waktu dan ketika saluran paip tidak berfungsi untuk menyalur air terutama dimusim kemarau. Memang ramai yang akan memarahi kerajaan.

Kerajaan Sarawak melihat serius isu tersebut dan sebagai inisiatif sementara kerajaan salurkan tong biru sebagai persediaan dan dihantar lori air untuk diagihkan kepada penduduk.

Kemudian beliau beralih kepada isu air di Selangor dan beliau tidak bersetuju cara kepimpinan Selangor menangani air kerana lebih gemar menuding kesalahan kepada pihak lain daripada bertindak rasional untuk menyelesaikan masalah.

Itulah sikap pembangkang yang tiada cara betul memerintah. Seperti jawapan pembangkang di Sabah apabila diminta mengulas isu air di Selangor.

Jawapan diberikan memang tidak mempunyai visi langsung bila hanya ayat 'Kalau Selangor inda ada air, mati sudah mereka itu semua'. Penulis hanya mampu ketawa dan 'speechless', hanya mampu berkata 'Yo Jak Cerito Politik Aik Nyo'.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA