Aram Ngupi : Bodoh Sudah Jadi 'Trend' ?


Ket's Kitchen Samarahan, kedai kopi baru lokasi 'Aram Ngupi' pagi ini. Sudah semestinya kopi 'O' panas kurang gula jadi pembuka sararapan.

Biasalah kedai baru akan menjadi lokasi orang ramai menjamu selera dan inginkan sesuatu yang baru. Riuh suasana kedai dan yang menjadi sebutan ramai orang adalah perkataan 'BODOH'.

Penulis hairan kenapa hampir keseluruhan menyebut bodoh pagi ini. Penulis cuba dengar dengan teliti kenapa timbul perkataan bodoh pagi ini.

Rupanya mereka sedang berborak berkenaan pemimpin yang gemar guna perkataan bodoh dalam ungkapan rasminya.

Sampai ada yang kurang bersetuju kerana boleh mempengaruhi anak-anak mereka. Bak kata ibubapa yang ada, mereka sudah didik anak-anak supaya tidak mengeluarkan kata-kata seperti bodoh atau seumpamanya

Tapi hari ini mereka sudah guna perkataan bodoh malah sampai mengatakan bodoh kepada orang yang lebih tua. Bila ibubapa larang, anak-anak jawab kenapa pemimpin boleh guna dan kami tidak boleh?

Betapa besarnya pengaruh pemimpin dalam kehidupan harian kita.

Dalam hal sebegini, ibubapa tidak dapat dipersalahkan kerana mereka mahu anak mereka bersikap sopan dan tidak mengeluarkan perkataan kasar seperti Bodoh.

Penulis berfikir, benar kata-kata ibubapa tersebut. Mereka mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka, Itu sahaja!.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA