Aram Ngupi : Bila Hati Dah Hitam



Kopi 'O' panas kurang gula memang dah satu kewajipan bila bersarapan. Kali ini lepak di kantin Dewan Undangan Negeri sambil menyaksikan para wakil rakyat bersidang.

Cerita pagi ini ialah berkenaan fitnah yang berleluasa di alam maya. Bermacam-macam cara fitnah diketengahkan sehingga menjadikan isu kaum dan agama dijadikan propaganda.

Yang menghairankan, Malaysia sebagai sebuah negara Islam turut menerima impak yang sama apabila institusi berkaitan Islam turut menjadi modal fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tabung Haji (TH) antara institusi yang paling kerap difitnah sehingga menjejaskan kepercayaan masyarakat Islam terhadap TH. Fitnah melampau sebegini mengundang perkara negatif berlaku apabila masyarakat yang telah mencarum sanggup mengeluarkan semua caruman mereka.

Kini yang terbaru adalah berkenaan Ringgit Malaysia tidak diterima di Arab Saudi. Ternyata ia satu fitnah yang begitu agresif untuk menjatuhkan institusi Islam negara ini. Tabung Haji sudah menjelaskan perkara sebenar tetapi masih ramai yang tidak mempercayai lantas terus mengecam institusi terbabit.

Sampai begitu sekali sikap mereka yang telah terpengaruh dengan fitnah tersebut sehingga tidak mampu menerima fakta sebenar. Beginilah bila berlaku fitnah telah dilancarkan lebih awal oleh pihak tertentu.

Inilah dinamakan bila hati sudah hitam dan tertutup untuk menerima segala bentuk fakta yang telah terpalit dengan fitnah terlebih awal. Apa yang dilihat, segala serangan fitnah yang dilakukan ternyata berunsur politik demi kelangsungan politik pihak tertentu.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA