Aram Ngupi : 'Apo Isi Bajet Sarawak Kali Tok Nyo'

Warong Bakso di Samarindah Samarahan menjadi pilihan minum kopi 'O' sambil menjamah bakso asli indonesia. Memng terasa kelazatan bakso sambil berbual bersama rakan yang bekerja sebagai jurukimpal di sebuah bengkel.

Tertarik dengan tajuk perbualan beliau, 'Apo isi bajet Sarawak kali toknyo' bermaksud 'Apa isi kandungan bajet Sarawak kali ini sahabat'. Penulis hanya mendengar dengan teliti setiap percakapan beliau.

Beliau berkata dan berharap bajet Sarawak kali ini berteraskan rakyat dan dilaksanakan dengan cepat. Apa yang beliau katakan ialah mengharapkan kerajaan melaksanakan projek jalanraya, air dan elektrik dengan cepat ke kawasan pendalaman yang tiada akses tersebut.

Malah beliau mencadangkan agar kerajaan peruntukkan kewangan daripada rizab negeri terlebih dahulu memandangkan kawasan pendalaman memang memerlukan fasiliti tersebut dengan cepat. Seperti bekalan air dan elektrik seharusnya mengambil inisiatif lain agar penduduk dapat menikmati faedah dengan kadar segera.

Beliau berkata, banyak lagi kawasan pendalaman tidak mempunyai jalan yang baik dan kerajaan harus melihat hal sebegini memandangkan jalan di bandar sering dinaik taraf dan di turap sentiasa. Apa salahnya penurapan jalan bandar tersebut di alih ke pendalaman juga.

Menurut beliau lagi, bekalan air boleh dilalksanakan dengan cara menarik air daripada bumi atau sungai dan ditapis dalam tong takungan dan seterusnya disalurkan ke setiap rumah-rumah penduduk jika kedudukan penempatan terlalu jauh di pendalaman.

Bekalan elektrik pula boleh disediakan dengan cara lain iaitu dibekalkan dengan tenaga solar. Cara tersebut lebih mudah dan kos juga tidak terlalu mahal. Jika perkara tersebut dapat dilaksanakan dengan cepat, rakyat akan merasai faedah hasil usaha kerajaan negeri.

Dan terakhir menurut rakan, beliau mahu bajet RM30 juta diperuntukkan oleh kerajaan pusat untuk menyukat tanah NCR dan sebagainya akan diguna sebaiknya serta seluruh rakyat yang memiliki tanah atau lot akan mendapat geran hakmilik secara sah. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA