Aram Ngupi : 'Ado Agik Urang Percayak Berita Palsu'


Warong Pak Somet di Padungan lokasi sarapan air kopi 'O' panas kurang gula. Memang jelas Bandaraya Kuching semakin hari semakin banyak kereta menyusuri jalan apabila melihat dari warong Pak Somet. Keadaan jalan sudah sibuk sentiasa dan aliran trafik sesak memanjang.

'Kamboh' atau kecoh pelanggan bercakap soal kenaikan harga minyak masak. Ada yang mula mengecam kerajaan kononnya tidak memperduli masalah rakyat. Seratus peratus mereka menuding jari meletak kesalahan di pihak kerajaan.

Malah ada yang menyatakan yang kerajaan bersikap zalim dengan menaikkan harga barang terutama minyak masak. Secara ringkasnya mereka memang jelas meletak kesalahan kerajaan semata-mata dengan reaksi marah.

Entah macam mana seorang anak muda berdiri dan menyatakan 'Ado Agik Urang Percayak Berita Palsu' bermaksud 'Ada Lagi Yang Percaya Berita Palsu'. Orang ramai menoleh kepada anak muda tersebut lalu anak muda berkata, apa yang anda semua katakan tadi semuanya tidak benar. Isu harga minyak masak yang dikatakan naik adalah berita palsu semata-mata sambil menunjuk apa yang terdapat dalam skrin telefon pintar anak muda tersebut.

Penulis tersenyum dan memuji sikap anak muda yang berani memperjelaskan apa yang sebenarnya berlaku. Begitu mudah masyarakat mempercayai sesuatu khabar yang belum pasti kesahihan daripada mengkaji serta merujuk dahulu khabar tersebut. Benarlah seperti yang diperkatakan anak muda tersebut 'Ado Agik Urang Percayak Berita Palsu'.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA