Aram Ngupi : Ada Duit Pakai Dahulu


Minum kopi 'O' panas kurang gula di Kampung Lintang sambil pekena tapai manis. Memang hebat citarasa sarapan pagi ini sehebat persidangan Dewan Undangan Negeri.

Memang benar pendapat ramai bahawa perlunya pengorbanan dahulu sebelum mengecapi kejayaan. Begitulah perumpamaan jika kerajaan negeri bertindak dahulu.

Sepertimana seorang usahawan berkorban mengeluarkan modal sendiri dahulu sebelum membuat pinjaman bank untuk mengembangkan perniagaan dan terbukti cara tersebut lebih berjaya.

Ada yang memberi pandangan jika terlalu menunggu peruntukkan daripada pusat, alamatnya akan terus terpinggir keadaan penduduk luar bandar. Bagi mereka, kerajaan harus melihat dahulu kawasan mana di luar bandar yang berpotensi akan menyumbang ekonomi kepada kerajaan negeri secara cepat.

Maka kawasan tersebut harus dibangunkan secara cepat agar pulangannya cepat dan mampu melonjak ekonomi negeri. Bukan bermaksud untuk terus henti meminta peruntukkan dari Persekutuan tetapi alternatif tersendiri harus diguna terlebih dahulu.

Dengan ini usaha membangun luar bandar tidak akan terbantut dan kelancaran pergerakan ekonomi akan terus berkembang. Pada masa sama perlunya mencari usaha sama dari luar negara supaya peningkatan hasil eksport akan berterusan tanpa had.

Bab ini penulis bersetuju dengan pendapat tersebut memandangkan jika Sarawak terus bersikap menunggu, maka semakin jauhlah ketinggalan dan pembangunan akan bergerak lembap.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA