Apakah Impak Kemenangan Trump Kepada Negara Kita?


Jangkaan saya:

1. Trump akan bersikap berbeza sebagai Presiden dari sikapnya semasa berkempen.

2. Beliau seorang ahli perniagaan yang sedang memromosikan dirinya sebelum ini. Kini beliau hanya perlu fokus membina kekayaan negaranya kerana itulah kepakaran Trump.

3. Dalam proses membina kekayaan, beliau berkemungkinan besar akan menolak TPPA kerana ia dasar yang menguntungkan negara Asia khususnya China.

4. Rakan-rakan dagangan Asia Amerika akan menerima impak dasar-dasar konservatif Trump namun itulah sebabnya pemimpin negara kita berbaik dengan China kerana kita mahu mengimbangi kemungkinan dasar anti Asia Trump. Pelaburan berbillion2 dari China adalah merupakan bukti kita ada 'back up plan'.

5. Trump tidak dilobi oleh Soros yang diketahui melobi gerakan menjatuhkan ramai pemimpin dan kerajaan dunia. Di Malaysia, Trump tahu Soros melobi siapa. Apatah lagi PM kita adalah rakan Trump dan mereka mempunyai hubungan yang baik.

6. Trump adalah lelaki konservatif yang tidak menyokong LGBT malah telah menyatakan akan cuba menghapuskan perkahwinan sejenis di Amerika. Di Malaysia kita sedia tahu gerakan LGBT berada di belah mana.

Saya mengharapkan jangkaan-jangkaan saya menjadi kenyataan.

Namun jika sebaliknya berlaku dan Trump menjadi zalim lebih teruk dari Bush, maka peganglah pesanan Tabiin agung Al Hassan Al Basri yang berhadapan dengan Hajjaj bin Yususf At Tsaqafi, manusia yang dikatakan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz, “Kalau sekiranya setiap umat manusia datang dengan para penjahatannya manakala kita (bani Umayyah) pula datang dengan membawa Al Hajjaj seorang, nescaya kita akan mengalahkan semua penjahat tersebut.”

Al Hasan Al Bashri berkata: “Sesungguhnya kemunculan Al Hajjaj adalah disebabkan dari azab Allah, maka janganlah kamu melawan azab Allah dengan tangan-tangan kamu. Akan tetapi wajib bagi kamu untuk tunduk dan memohon dengan merendah diri karena sesungguhnya Allah telah berfirman (maksudnya):

“Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan azab kepada mereka, maka mereka tidak tunduk kepada Rabb mereka, dan (juga) tidak memohon (kepada-Nya) dengan merendahkan diri.” (Surah Al Mukminun, 23: 76).

Oleh : Dr Abdul Rahman Kadir

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA