Anugerah Muzik Dayak Capai Tahap Profesionalisma



KUCHING : Penganjuran Anugerah Muzik Dayak 2016 kali keempat mencapai tahap profesionalisma hasil daripada kerjasama erat para petugas yang terdiri daripada pelbagai bidang tugas penganjuran.

Presiden Persatuan Artis dan Muzik Dayak (DAMA) Snowdan Lawan berkata, kerjasama sebegini menghasilkan sesuatu yang membanggakan dan berjaya mengangkat martabat penganjuran anugerah muzik Dayak.

"Walaupun pasaran muzik Dayak terlalu kecil tetapi dengan penganjuran anugerah sebegini masyarakat luar memandang anugerah tersebut mencapai tahap di luar jangkaan.

"Banyak komen-komen positif daripada masyarakat Semenanjung dan Sabah terhadap anugerah muzik Dayak yang sudah menlangkah ke tahap profesionalisma," katanya ketika meraikan para petugas di restoran terkemuka di sini semalam.

Menurut Snowdan, malah penyanyi antarabangsa Indonesia Cita Citata dan pengurusnya berpendapat anugerah tersebut bercorak peringkat antarabangsa.

"Kejayaan ini adalah kombinasi para petugas yang begitu komited melaksanakan penganjuran dengan begitu cemerlang sekali.

"Memang tidak dinafikan pasti akan ada kesilapan berlaku tetapi ia dapat dikawal ke tahap paling minimum sedangkan pengajuran anugerah lain yang sudah berpuluh-puluh kali di adakan turut melakukan kesilapan, inikan pula anugerah muzik Dayak yang baru empat kali dilangsungkan," ujarnya.

Justeru Snowdan menambah, untuk meningkatkan lagi muzik Dayak ke tahap seterusnya, perlu ada pengorbanan dan usaha gigih agar muzik Dayak mampu menapak di peringkat antarabangsa suatu hari nanti.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA