• Anak Madonna Ditahan Miliki Ganja

    Published: Friday, 25 November 2016
    A- A+


    LONDON: Kisah hidup penyanyi pop terkenal Madonna terus menjadi tumpuan media.

    Terbaharu, anak lelakinya Rocco Ritchie ditahan kerana memiliki ganja.

    Madonna dalam satu kenyataan menegaskan beliau tetap memberikan sokongan terhadap Rocco.

    Menurut laporan akhbar The Sun, Rocco ditangkap pada 28 Sept di London.

    Madonna hilang hak penjagaan anak lelakinya, Rocco kepada bekas suaminya, penerbit filem Guy Ritchie.

    Mahkamah memerintahkan hak penjagaan penuh remaja berusia 16 tahun itu diberikan kepada Guy.

    Sebelum ini berlaku pertikaian bagi mendapatkan hak penjagaan Rocco apabila madonna berkeras mahu anak lelakinya itu tinggal bersamanya di Amerika Syarikat.- AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Anak Madonna Ditahan Miliki Ganja "