America Dapat Kerakyatan AS Di Usia 99 Tahun


America Maria Hernandez, yang dilahirkan di Colombia pada tahun 1917, telah berhijrah ke AS pada tahun 1988.

Oleh itu, America mengambil masa selama 28 tahun untuk secara rasmi dan sah menjadi warga negara Uncle Sam.

America mendapat kerakyatan AS, Rabu lalu selepas menandatangani dokumen naturalisasi dan angkat sumpah setia di kediamannya.

“Saya tinggal di New York, ibu kota dunia,” kata America bahagia.

Selepas upacara itu, warga emas berkenaan sempat mengibarkan bendara AS di rumahnya.

America mempunyai 12 cahaya mata, 22 cucu dan 12 cicit.

Dia dilahirkan pada Oktober 1917 di Cordona, Colombia, tetapi sebahagian besar hidupnya dihabiskan di Barranquilla, Colombia.

America berhijrah ke AS selepas dibawa oleh anak perempuannya, Hortensia Martinez; 69, yang mengahwini lelaki asal AS. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA