Ambil SPM Sambil Tahan Sakit


KOTA BHARU: Masih sakit akibat pembedahan apendiks Jumaat lalu, namun seorang pelajar lelaki tetap menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) di sini, hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Sains Kok Lanas, Muhammad Arif Asyraf Anuar, 17, terpaksa dimasukkan ke hospital pada hari Jumaat lalu disebabkan apendiks.

Katanya, pada mulanya dia mahu menangguhkan pembedahan itu selepas selesai menduduki SPM, namun doktor menasihatinya supaya menjalani pembedahan segera untuk mengelakkan kesan yang lebih serius.

"Pada malam Jumaat lalu saya menjalani pembedahan membuang apendiks.

"Saya tidak sangka akan menduduki SPM di katil hospital pada hari pertama peperiksaan sambil menahan kesakitan kesan daripada pembedahan.

" Biarpun begitu, saya sudah buat yang terbaik dengan harapan memperoleh keputusan cemerlang,"katanya ketika ditemui di Wad Cempaka, HPRZII, di sini, tadi.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA