Ambil SPM Di Hospital


KUALA TERENGGANU: Empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menduduki peperiksaan yang bermula hari ini di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Dua daripada calon berkenaan terpaksa menduduki peperiksaan di hospital kerana patah paha dan kaki selepas terbabit dalam kemalangan.

Dua lagi calon adalah pelajar perempuan kerana masing-masing mengalami masalah masalah tulang belakang akibat terjatuh.

Muhammad Fitri Rahman Mohd Fozi, 17, berkata, dia mengalami patah paha kanan selepas terbabit dalam kemalangan pada 8 Oktober lalu.

"Walaupun terpaksa mengambil peperiksaan dalam keadaan berbaring ia bukan penghalang kepadanya untuk memberi tumpuan terhadap kertas soalan peperiksaan.

"Saya mensasarkan untuk memperolehi sekurang-kurangnya 6A dalam peperiksaan ini dan akan membuktikan kemampuan diri walaupun terpaksa mendudukinya di hospital," katanya ketika ditemui selepaslawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri Bazlan Abd Rahman di HSNZ hari ini.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA