• Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Sehingga Sabtu

    Published: Thursday, 3 November 2016
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Angin kencang timur-timur laut berkelajuan 40 hingga 50km sejam (kmsj) dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan di Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat) sehingga Sabtu ini.

    Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata keadaan yang sama dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan, Labuan dan Reef South.

    Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Sehingga Sabtu "