Aktivis Pemisah Sarawak Ancam Saman Kerajaan Malaysia


KUCHING: Seorang aktivis yang giat mempromosikan pemisahan Sarawak dari persekutuan Malaysia mengancam akan menyaman kerajaan Malaysia atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya beliau digertak atau terdapat sebarang salah guna kuasa terhadapnya.

Menerusi akuan Facebook Beng Kor Dzulfiqar Yeu, beliau memuat naik amaran tersebut terhadap pihak berkenaan.

“Saya akan saman mana mana pihak termasuk kerajaan Malaysia atau Pihak PDRM kalau melakukan kelakuan gertak, ugutan dan salah guna kuasa terhadap saya,” katanya

Menurutnya, tiada sesiapa akan dapat menghalang haknya sebagai rakyat Sarawak untuk keluar dari Malaysia berdasar ‘Perjanjian Malaysia 1963’.

Beliau turut berkata, kerajaan Malaysia telah melanggar Artikel 60 'Viena Convention' kerana menurunkan taraf Sarawak.

“Saya menuntut Sarawak keluar Malaysia.atas hak saya sebagai rakyat Sarawak.dlm 'Perjanjian Malaysia 1963' di mana kerajaan Persekutuan Malaysia telah melanggar Artikel 60 'Vienna Comvention' dengan menurunkan Sarawak sebagai penandatangan Perjanjian tersebut dan iya adalah sebuah perjanjian antarabangsa.

“Saya pun menuntut hak saya yang termaktub di UN Decolonisation Resolution 1514 & 1541,” tegasnya.- Sarawakiana


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA