Ahli Politik Belanja RM322 Juta Untuk Majlis Kahwin Anak Cetus Kemarahan Rakyat


NEW DELHI : Seorang ahli politik mencetuskan kemarahan orang ramai ketika sebahagian besar penduduk India masih ramai hidup miskin apabila dia berbelanja besar-besaran untuk majlis kahwin anaknya.

Tokoh politik, bekas menteri di sebuah negeri di India yang juga ahli perniagaan, Gali Janardhana Reddy dilapor membelanjakan 5 bilion rupee (RM322 juta) untuk majlis berkenaan.

Kad jemputan yang diedarkan kepada tetamu diisi dalam kotak bersalut emas, lengkap dengan skrin LED, sementara bintang Bollywood mengadakan persembahan dalam acara yang diadakan selama lima hari itu.

Video yang dimainkan pada skrin itu menunjukkan anak perempuan Janardhana, Brahmani, memakai pelbagai fesyen gaun mahal sementara tunangnya, Rajeev Reddy dikelilingi lima kuda putih.

Janardhana dan isterinya pula dirakam menyanyikan ’ lagu yang dikarang khusus untuk majlis itu. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA