Adenan Sudah Jelaskan Pendirian, Tidak Perlu Persepsi

Isu penutupan Institusi Pendidikan Perguruan (IPG) menjadi isu hangat di Sarawak. Pelbagai persepsi dibangkitkan mengetengahkan pendapat baik dari segi fakta ataupun serkap jarang.

Malah ada persepsi yang bersifat terlalu mendesak sehingga tiada nilai-nilai bertolak ansur dan menjurus kepada menimbulkan perbalahan terhadap kedua belah kepimpinan negara ini.

Ini bukan satu budaya yang telah diamalkan di Malaysia kerana ia jauh daripada etika peradaban bangsa Malaysia. Tindakan sebegini mampu memecah belahkan perpaduan kaum yang telah diamalkan sejak sekian lama.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah memberi pendapat beliau berkenaan isu IPG di Sarawak dan ia dalam perbincangan kedua belah pihak di antara negeri dan pusat.

Pihak lain tidak perlu campurtangan dalam isu tersebut kerana ingin mengejar populariti memperjuangkan Sarawak sedangkan Adenan lebih tahu dan mempunyai cara yang terbaik untuk menyelesaikannya.

Hakikatnya Adenan mempunyai kedudukan yang selesa untuk membincangkan hal tersebut kerana beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak lebih mudah membawa usul tersebut kepada pusat.

Jika persepsi terus dibangkitkan, ia akan mengelirukan rakyat serta menimbulkan kesan yang tidak baik antara rakyat. Biar Adenan lakukan tugas beliau dan rakyat harus menyokong penuh usaha beliau dan bukan bermain dengan persepsi.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA