Adalah China Begitu Menakutkan?

Oleh: Lou Han Zhou
China Press, 8 November 2016
Rakyat menjangkakan lawatan Perdana Menteri Najib ke China akan mewujudkan laluan yang mudah untuk pelaburan China yang besar ke dalam negara kita dan peluang untuk pelabur China untuk melabur dalam projek-projek pembangunan kita.

Dua tahun lalu China telah mengumumkan akan melaburkan pelaburan asing sebanyak US500 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang. Di peringkat global setiap negara bersaing untuk mendapatkan pelaburan ini dan Najib tidak terkecuali. Beliau menjemput pelabur China untuk melabur di Malaysia yang akan memberi manfaat dan tidak membahayakan Malaysia.

Walau bagaimanapun ada pihak dengan alasan yang tidak berasas atau motif tersembunyi yang cuba untuk mensensasikan dengan "mengingatkan" Perdana Menteri agar tidak menggadaikan negara kepada China. 

Bekas Perdana Menteri Mahathir menggesa Najib agar tidak tergesa-gesa ke atas pelaburan China yang besar itu dan mengambil pinjaman yang besar dari China. Ia adalah untuk mengelakkan kedaulatan negara jatuh ke tangan China. Ini sama sekali tidak masuk akal!

Semasa era Mahathir, dana AS telah mengalir ke dalam Malaysia secara berterusan dan turut menjadi pelabur asing terbesar di Malaysia. Adakah kuasa pemerintahan negara jatuh ke tangan Amerika Syarikat?

Semasa era Mahathir, beliau pernah mencetuskan kemarahan Amerika Syarikat sehingga kedudukan istimewa Malaysia sebagai rakan dagang khas telah dibatalkan. Walau bagaimanapun beliau amat mesra dengan China dan sentiasa bercakap secara adil untuk China. Beliau juga mengatakan bahawa China tidak pernah menceroboh hal ehwal atau menjajah negara lain. China adalah sebuah negara jiran yang boleh dipercayai.

Ia adalah satu kejutan. Sekarang Mahathir mengatakan sebaliknya dan mengutuk China. Ia menunjukkan bahawa Mahathir mempunyai motif tersembunyi apabila beliau cuba untuk memperkecilkan usaha baik Najib dan merosakkan persahabatan baik antara China-Malaysia.

Seluruh dunia bersaing untuk dana pelaburan China

Seorang wartawan yang berpengalaman Kadir Jasin dalam "teori klasik" beliau menyatakan: Jika pemaju kami mampu membangunkan loji tenaga di London, mengapa mereka tidak boleh membangunkan Bandar Malaysia? (China adalah salah satu daripada pemaju Bandar Malaysia)

Jika teori itu benar, bukankah ia menunjukkan bahawa rakyat England tidak mempunyai keupayaan untuk membangunkannya dan terpaksa menjemput rakyat Malaysia untuk membangunkan London? Kita menghantar begitu ramai pelajar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran, adakah ianya adalah kerana kita tidak mempunyai universiti?

Sudah lama sejak sebelum itu lagi, rakyat Malaysia sudah melabur di China. Adakah ia menunjukkan bahawa China tidak mempunyai dana ketika itu untuk pembangunan dan terpaksa membenarkan rakyat Malaysia untuk melabur di China? Jelas sekali tidak. Kesimpulannya, ia menunjukkan bahawa "teori klasik" Kadir Jasin adalah tidak berasas. 

Walaupun kita mempunyai keupayaan untuk melakukannya sendiri, kita juga perlu penyertaan asing. Sebaliknya orang asing juga mempunyai potensi untuk membangunkan semuanya sendiri tetapi mereka juga perlu membuka peluang kepada kita untuk mengambil bahagian juga. Seluruh dunia sedang berjuang untuk pelaburan China, tetapi kenapa kita menolak mereka?

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA