Adakah Bodoh Jika Tidak Sertai BERSIH 5 ?


19 November kononnya tarikh keramat bagi BERSIH 5 untuk mengadakan perhimpunan di Sarawak. Mereka semakin kesuntukkan masa memandangkan venue perhimpunan tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan.

Kempen mengajak orang ramai giat dilaksanakan untuk mendapat penyertaan yang mungkin mencatat rekod Malaysia. Malangnya respon orang ramai kurang memberangsangkan apabila ramai yang komen di media sosial bahawa perhimpunan berkenaan adalah sesuatu yang sia-sia.

Tetapi penyokong tegar BERSIH 5 mula menghentam pihak yang tidak mahu mengikut perhimpunan. Mereka mengatakan kepada orang ramai yang tolak BERSIH 5 sebagai orang yang 'BODOH'.

Terang-terang penyokong BERSIH 5 menuduh bahawa mereka yang tidak mengikuti BERSIH tidak demokrasi dan tidak berani bersuara menegakkan hak sebagai rakyat.

Ada komen daripada mereka yang menolak BERSIH 5 mengatakan adakah bodoh jika menolak perhimpunan memandangkan seluruh dunia mengetahui BERSIH 5 ditaja oleh Goerge Soros yang dilebel oleh Tun Mahathir suatu ketika dahulu sebagai 'Yahudi Penyangak Wang' yang mempunyai agenda menjatuhkan kepimpinan kerajaan Malaysia. -Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA