90 Liter Petrol Cuba Diseludup Dirampas



TUMPAT: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Pengkalan Kubor mematahkan cubaan menyeludup petrol ke Thailand dalam serbuan di pengkalan haram Surau Lama, Simpangan, malam tadi.

Dalam operasi pada 8.30 malam itu, PPM merampas sebuah kereta Proton Wira yang diubah suai dan 90 liter minyal petrol yang cuba diseludup.

Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat berikutan semua suspek sempat melarikan diri.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 Pengkalan Kubor Asisten Superintendan Ahmad Amri Ab Rahman berkata, pihaknya melakukan serbuan di pengkalan haram terbabit sebelum merampas 90 liter petrol dan sebuah kereta.

"Ketika serbuan dilakukan, tiga lelaki berada di kawasan terbabit sebelum dua daripada mereka bertindak melarikan diri ke dalam hutan dan seorang yang berada dalam bot berpatah balik ke negara jiran, Thailand, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

"Hasil pemeriksaan mendapati, sebuah kereta yang sudah diubah suai tangki dan tiga tong berkapasiti 30 liter minyak petrol yang cuba diseludup ke negara jiran," katanya ketika sidang media di Markas Operasi PPM Wilayah 3 Pengkalan Kubor, di sini, sebentar tadi.

Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 22 Akta Polis 1967.-HM

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA