50 Rakyat Malaysia Serta Daesh Ingin Pulang


KUALA LUMPUR: Hampir 50 rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan Daesh di Syria dikesan mempunyai keinginan untuk pulang ke negara ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mereka tetap akan dikenakan tindakan selepas pulang ke tanah air kerana telah melanggar undang-undang.

Ramai yang nak balik ke tanah air namun mereka perlu memikirkan sendiri cara untuk pulang.

Sebagai negara yang bertanggungjawab, kita akan cuba bantu mereka sebaik sahaja mereka berjaya pulang ke negara ini, katanya ketika ditemui selepas menyampaikan syarahan mengenai keselamatan negara di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, dekat sini hari ini. - Utusan

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA