5 Pelajar Sekolah Menengah Ditahan Curi Motosikal


BESUT – Lima pelajar berusia 13 hingga 15 tahun ditahan polis Isnin lepas ekoran terlibat dalam kejadian mencuri dan meleraikan motosikal.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata mereka ditahan di sekitar Kampung Raja di sini susulan penemuan rangka motosikal di sungai Mas Sekupang di sini.

“Semasa soal siasat, kesemua pelajar yang ditahan mengaku mencuri motosikal yang ditemukan di dalam sungai itu dan dua buah motosikal lain sebelum itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kampung Raja di sini hari ini.

Menurutnya, kelima-lima pelajar kini direman sehingga esok dan seorang daripadanya didapati positif dadah. – BERNAMA

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA