434,535 calon mula duduki SPM pagi ini


KUALA LUMPUR: Seramai 434,535 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di 3,732 pusat peperiksaan seluruh negara, bermula pagi ini hingga 6 Disember depan.

Daripada jumlah itu, 377,194 atau 86.8 peratus adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; manakala 9,094 (2.1 peratus) calon sekolah bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan; 7,931 (1.8 peratus) calon sekolah menengah agama negeri; 12,847 (3.0 peratus) calon sekolah swasta berdaftar dengan kementerian; 25,713 (5.9 peratus) calon persendirian; dan 1,756 (0.3 peratus) calon sekolah menengah agama rakyat.

Hari ini, calon menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1, diikuti Pendidikan Seni Visual - Teori Seni (Aneka Pilihan) Kertas 1 dan Bahasa Melayu Kertas 2.-BH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA