36,263 Calon SPM Di Sarawak


KUCHING - Seramai 36,263 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 5,349 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sarawak menduduki kedua-dua peperiksaaan itu bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Rakayah Madon berkata, kesemua calon SPM itu menduduki peperiksaan di 257 pusat peperiksaan, manakala calon STPM di 83 pusat peperiksaan.

"Kita juga telah melantik 215 penyelia kawasan dan 2,073 pengawas untuk mengendalikan kedua-dua peperiksaan di negeri ini.

"Segala prosuder operasi standard (SOP) yang ditetapkan Lembaga Peperiksaan juga dipatuhi bagi memastikan tiada sebarang masalah timbul," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Teresa di sini hari ini. - Kosmo

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA