3 Cedera, Tupai ‘Mengamuk’ Di Pusat Penjagaan Orang Tua


MELIHAT kepada saiznya yang kecil dan comel, siapa sangka seekor tupai mampu bertukar menjadi haiwan ganas sehingga mampu mencederakan tiga penghuni rumah orang tua.

Laman Metro UK memberitahu, kehadiran tupai berkenaan di kediaman itu telah mencetuskan rasa panik penghuni pusat jagaan yang terletak di pangsapuri Sterling Court, Florida, Amerika Syarikat.

Salah seorang mangsa yang panik dengan insiden yang berlaku bertindak menghubungi talian kecemasan 911 mengatakan haiwan berbulu itu ‘menyerang’ penghuni yang berada di pusat jagaan tersebut.

“Tupai masuk ke bangunan kami, di dalam bilik aktiviti dan melompat ke beberapa orang sebelum menggigit serta mencakar mereka,” kata pemanggil kepada stesen tempatan WFTV.

“Kami memerlukan bantuan segera. Tupai masih berada di sana dan beberapa orang mengalami kecederaan.”

Menerusi panggilan yang dibuat, salah seorang mangsa didengari menjerit ketakutan berkata: “Ia masih di sini!”

Bagaimanapun, situasi kemudian berjaya dipulihkan, selepas salah seseorang daripada mereka telah membuang tupai berkenaan daripada bangunan tersebut.

Namun keadaan mangsa yang tercedera bagaimanapun tidak diketahui. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA