• 200,000 Orang Teruja Tonton Video Imbasan Kehamilan Syatilla Melvin

    Published: Wednesday, 16 November 2016
    A- A+


    Tahniah diucapkan buat pasangan pelakon terkenal Shaheizy Sam dan isteri, Syatilla Melvin kerana tak lama lagi bakal bergelar sebagai ayah dan ibu pula.

    Baru-baru ini menerusi akaun Instagram Syatilla ada memuat naik imbasan video kehamilannya, dan setakat artikel ini ditulis video imbasan tersebut telah ditonton hampir 200 ribu orang.

    "Bismillah, alhamdulillah di atas rezeki yang tak terhingga ini ya Allah. Doakan segalanya selamat dan dipermudahkan Allah, insya-Allah, Amin," tulisnya.

    Sama-sama kita doakan agar kandungan Syatilla sihat dan semoga segala proses untuk bersalin nanti berjalan dengan lancar. - Media Hiburan



    Subjects:

  • No Comment to " 200,000 Orang Teruja Tonton Video Imbasan Kehamilan Syatilla Melvin "