156 Terima Pingat Kebesaran Negeri Sarawak


Kuching : Sebanyak 156 penerima hari ini menerima pingat kebesaran negeri Sarawak daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud pada istiadat yang berlangsung di Astana Negeri di sini.

Turut hadir isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak Toh Puan Raghad Kurdi Taib, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan isterinya Puan Sri Jamilah Anu.

Pada istiadat itu, Sutin Shamat@Sahmat yang merupakan penerima tunggal pingat Johan Perkhidmatan Cemerlang (JPC) mendahului senarai penerima.

Sementara lima individu menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) iaitu Bakrie Zaini, Dr Saadiah Abdul Samat, Lau Hieng Ung dan Ibrahim Lumpu.

Empat penerima Pegawai Bintang Sarawak (PBS) ialah Abang Muhamad Yassin Abang Zainuddin, Abdul Hadi Abdul Kadir, Zainulabidin@Zainal Ismail dan Lau Chiew Eng.

Selain itu, sebanyak sembilan individu menerima pingat Pegawai Bintang Kenyalang (PBK), Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB) (20 penerima), Ahli Bintang Sarawak (ABS) (16 penerima), Ahli Bintang Kenyalang (ABK) (31 penerima), Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT) (31 penerima) dan Pingat Bantara Bintang Sarawak (BBS) (39 penerima). - Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA